KEPENTINGAN AL-SYURA DALAM SESEBUAH ORGANISASI
a) Mendekatkan rakyat dengan pemerintah
Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuk rakyat. Kekuatan syura terletak pada kenyataan bahawa muswarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang pemasalahan yang menyangkut masyarakat umum. Contohnya: saling menerima pandangan masing-masing antara pemerintah dan juga rakyat.
Firman Allah:
“ Dan umat tiap-tiap rasul tidak berpecah belah dan berselisihan ( dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasat dengki sesama sendiri dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari tuhan-Mu ( untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta kepada mereka dan sesungghunya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi kitab, agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap kitab itu".
b) Menegakkan dan menyebarkan agama Islam
Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut.Islam memberi penekanan yang amat besar terhadap konsep Syura.Selain itu,Syura juga memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.Contohnya,di dalam sebuah perbincangan semua pihak berhak menyuarakan pendapat masing-masing.Contohnya,dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama.
c) Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam
Penasihat merupakan elemen penting yang mesti,wujud dalam masa yang sama ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu kepimpinan.Salah satu penasihat yang menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah Syura.Contohnya Syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinan dan sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam
d) Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan
Syura merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli,yang mana masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukan pendapat tanpa sebarang sekatan.Sesuatu kepimpinan dan akan lahir kalangan mereka yang berfikir terbuka,menghormati pendapat orang lain,berpandangan positif terhadap kritikan,tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya.Contohnya Syura berjaya membentuk akhlak mulia dikalangan ahli majlis Syura.
buat nota tentang "sistem politik yang diamalkan sebelum dan selepas kedatangan islam di malaysia"
ReplyDeleteBye
ReplyDeletethankyouuuu
ReplyDelete