KEPENTINGAN SIFAT-SIFAT YANG BAIK DALAM KALANGAN AHLI SYURA MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB.
Pemimpin dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud orang yang memimpin. Pemimpin yang dilantik oleh rakyat perlulah menjadi pemimpin yang baik kepada rakyatnya. Kepimpinan adalah penting bersesuaian dengan tujuan manusia di muka bumi iaitu sebagai khalifah Allah swt untuk sentiasa mengabdikan diri kepadaNya. Corak kepimpinan merupakan kayu ukur sesebuah pentadbiran samada berjaya ataupun sebaliknya. Ia ditentukan berdasarkan gaya kepimpinan dan ciri-ciri yang ada terhadap pemimpin tersebut. Seperti yang dijelaskan dalam firman Allah Surah As-Sajadah ayat 24 yang bermaksud:
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.”
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.”
Pemimpin yang wajar dijadikan contoh dalam kalangan umat manusia yang ialah sahabat Nabi Muhammad saw, Saidina Ali bin Abi Talib. Dalam pandangan Dharar ada menjelaskan tentang Saidina Ali merupakan seorang yang berfikiran jauh, seorang lelaki yang gagah dan butir bicaranya juga jelas. Selain itu, keputusan yang ditetapkan oleh Saidina Ali adalah adil, mempunyai ilmu yang luas serta perbicaraannya juga bijak. Beliau sering beribadah dan berqiamulail untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah. Beliau juga memuliakan para ulama dan tidak menjauhkan diri dengan orang-orang miskin menyebabkan rakyatnya merasa segan dengan beliau.
Justeru itu, sebagai seorang pemimpin yang menjadikan Saidina Ali sebagai suri teladan hendaklah mempunyai sikap seperti menghindari diri daripada segala penyakit jiwa yang boleh merosakkan amalan kebaikan contohnya riak, takabbur, gila kuasa dan tamak. Seterusnya mempunyai sikap As-Siddiq iaitu bercakap benar dalam setiap perkataan yang diucapkan, perbuatan dan sikap. Di samping itu mempunyai sifat tawadhu iaitu merendah diri dan tidak membangga diri dengan manusia yang lain. Pemimpin yang baik juga perlulah mempunyai sifat ihsan terhadap orang-orang di bawahnya. Sebuah hadis Nabi Muhammad saw ada menyebut:-
“Aku (Rasulullah saw) adalah kota ilmu manakala Ali merupakan pintunya, maka barangsiapa yang mahukan ilmu perlulah melalui pintunya.”
Ini jelas menunjukkan Rasulullah juga menyanjung sifat dan ilmu Saidina Ali yang wajar juga dijadikan teladan kepada umat manusia terutamanya sikap kepimpinan beliau.
Terdapat beberapa faktor yang membolehkan seseorang itu dilantik menjadi pemimpin seperti keturunan, kekuatan, kebijaksanaan dan pemimpin lain yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Selain itu, agama atau fahaman yang diamalkan oleh seseorang itu juga dapat menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Sebagaimana yang disampaikan oleh Professor HAMKA iaitu:-
“Agama yang dianuti atau kitab-kitab yang dipegang atau suatu fahaman yang dipercayai merupakan suatu penentuan corak kepimpinan sesebuah pentadbiran. Bahkan perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin juga merupakan saingan yang dapat menentukan kekuatan dan kelemahan.”
Seterusnya, Professor HAMKA juga telah menerangkan empat sifat yang perlu ada dalam diri pemimpin sebagai seorang pemimpin yang baik dan berjaya adalah seperti berikut:
1-Pemimpin yang bersifat amanah
Amanah merupakan suatu sifat yang mesti ada dalam setiap diri manusia. Namun, sebagai pemimpin, sifat amanah yang ada dalam diri hendaklah ditingkatkan lagi melebihi orang lain. Sebagai contoh, seorang pemimpin perlu membelanjakan kewangan negara dengan sebaik mungkin untuk kegunaan rakyat. Sekiranya pemimpin yang tidak amanah, sudah semestinya negara tersebut mengalami kemunduran kerana wang tersebut tidak disalurkan ke jalan yang sepatutnya.
2-Pemimpin yang berani
Sifat berani adalah penting bagi menetapkan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut akan mendapat tentangan daripada segelintir pihak. Namun, selagi pemimpin tersebut berani menegakkan kebenaran dan keputusan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak maka perkara tersebut harusalah ditegakkan.
3-Pemimpin yang bijaksana
Pemimpin yang berpandangan jauh yang dapat melihat sesuatu pada masa depan. Para pemimpin hendaklah mempunyai kebijaksanaan bagi menguruskan sesebuah pentadbiran negara agar negara tersebut sentiasa stabil dari segala aspek pentadbiran.
4-Pemimpin yang bertimbang rasa
Pemimpin yang bertimbang rasa atau sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat akan memastikan rakyat mereka dalam keadaan yang baik. Pemimpin tersebut juga mestilah bersifat murah hati dan ringan tulang dalam menghulurkan bantuan apabila rakyat dalam kesusahan serta memerlukan.
Muhammad
Al-Buraey,penulis buku “Administrative Deveploment: An Islamic Perspective”
mengatakan, setiap perkara yang dibawa ke dalam syura perlulah jelas dan
penting serta memerlukan perbincangan semua pihak yang berhati-hati sebelum
membuat sesuatu keputusan. Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam
pengurusan, maka islam amat menitikberatkan tentang kelayakan menganggotai
majlis syura. Sifat-sifat anggota majlis juga dapat membentuk sesuatu keputusan
syura.
Atas dasar itu,
islam menetapkan beberapa sifat-sifat orang yang layak bersyura antaranya:-
- Beragama Islam
Syura mestilah
dilakukan oleh orang yang beragama islam, jika orang bukan islam yang
mengendalikan syura, tidak akan ada syura yakni dalam urusan.
- Seorang yang bijaksana atau cerdik
Seseorang tersebut
mestilah memiliki buah fikiran yang bernas, logik dan tepat untuk membuat atau
menentukan sesuatu keputusan.
- Seorang yang adil
Seseorang mestilah
membuat keputusan dengan adil tanpa mengikut perasaan sendiri.
- Bertaqwa
Syarat taqwa amatlah
penting bagi melindungi dan mendorong manusia supaya membuat keputusan yang
tepat dan diberkati. Hal ini kerana, tidak semua umat islam mampu memberi
fikiran yang adil dan ikhlas dalam perbincangan atau membuat sebarang
keputusan.
No comments:
Post a Comment