Syura merupakan
tunjang utama dalam sesebuah pengurusan terutamanya menentukan sebarang
keputusan. Syura juga dapat melancarkan atau melicinkan perjalanan operasi
sesebuah organisasi. Tanpa syura, umat islam akan kehilangan perpaduan,
kekuatan dan toleransi. Selain itu, Syura merupakan satu tuntutan agama dan
perlaksanaan yang menyempurnakan suruhan agama dan meninggalkan laranganNya. Oleh
itu, ia dapat memberikan kebaikan dan kelebihan dalam kehidupan manusia.
Memang tidak
dinafikan syura merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk membuat sesuatu
keputusan yang baik sebagaimana yang terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W dan
para sahabat yang menggunakan kaedah syura. Oleh kerana ini, Allah menuntut
umat islam agar mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Namun begitu,
perlaksanaannya perlu dianggotai di kalangan mereka yang mempunyai sifat-sifat
ahli syura dan mereka inilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan peranan
sebenar majlis tersebut.
Sebagai seorang
pelajar, kita juga perlu mengaplikasikan konsep syura dalam setiap perbincangan
bersama dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah serta dapat membuat
keputusan yang baik. Malah sebagai seorang pekerja juga, boleh menggunakan
konsep ini bagi memastikan organisasi menjalankan tugas dengan baik.
Oleh itu, konsep
syura sangatlah perlu dipraktikan di dalam setiap urusan sebagaimana Firman
Allah dalam Surah Al-Syura 42:38
Maksudnya:-“
Dan(untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada tuhannya dan
mendirikan solat sedang urusan mereka dengan bermesyuarat(syura) sesama mereka
dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka”.
RUJUKAN
1. Nik Karimah Binti Nik Hassan, Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Kementerian Pendidikan Malaysia.(Pdf)
2. Zulkifli Mohd Yusoff Dan Abdul Hafiz Abdullah, Pemimpin Menurut Pandangan Hamka: Satu Tinjauan Dalam Tafsir Al Azhar, 2013.(Pdf)
3. Alias Othman, Asas-Asas Pemikiran Politik Islam,1991, Kuala Lumpur.(Pdf)
4. Doktor Lukman Thaib, Syura dan Aplikasinya dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, 1995, Kuala Lumpur.(Pdf)
5. Doktor Abu Al Maati Abu Al Futuh, Sistem Pemerintahan dalam Islam, 1986, UKM Bangi, Selangor.(Pdf)
6. Wan Azmi Ramli, Pengurusan Masa Kini Edisi Keempat, 1994, Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd, No.18 Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.(Buku)
7. Jamil Hashim, Tatacara Mengendalikan Majlis, 2001, Golden Books Centre Sdn Bhd, No.10 Jalan PJU 8/5G, Perdana Business Centre, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. (Buku)
8.Nurshahiza Binti Mohamad Isa,Rosmawati Binti Razak dan Mohamad Suhaimi Bin Ismail,Pengurusan Dalam Islam,2015,Alternatif Maju Enterprise ,57,Blok 1 Mukim 12 Kampung Baroh 11900,Bayan Lepas,Pulau Pinang.(Buku)
No comments:
Post a Comment