PENDAHULUAN & DEFINISI


PENDAHULUAN
Islam mementingkan persepakatan dalam mencapai kata putus untuk menentukan sesebuah keputusan iaitu islam mengalakkan Al Syura (Musyawarah). Al Syura merujuk kepada seseorang itu tidak hanya memberi pendapatnya sahaja tetapi memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Hal ini kerana, pendapat dua orang atau lebih mendekati kepada ketepatan dalam sesebuah keputusan. Selain itu Al Syura ini, dapat membuka jalan penyelesaian yang tepat dari pelbagai sudut contohnya menentukan pemimpin dalam sesebuah organisasi yang memerlukan pendapat orang ramai. Dengan demikian keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan pendapat yang lebih luas dan menyeluruh.

DEFINISI MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM
Al Syura adalah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu musyawarah yang bermaksud mesyuarat .Manakala dari sudut istilah ,ia bermaksud permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan.(Mustafa Hj.Daud,1991)
Al Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Syura adalah satu konsep dalam menentukan satu keputusan dalam pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan ada cacatnya pelaksanaan dalam mana mana zaman. Oleh itu,pemerintahan akan bersama sama dengan rakyat dalam mencapai keputusan keputusan politik dan merupakan prinsip dasar  negara dan masyarakat muslim. Kepentingannya ditegaskan dengan nyata didalam Al Quran dan dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat. Al Syura juga merupakan asas penting kejayaan sesebuah pengurusan. Oleh itu, islam menegaskan hukum Al Syura adalah wajib ke atas para pemimpin islam di setiap zaman dan juga tempat.
Terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah tentang kewajipan bersyura:-
  v  AL-QURAN

Maksudnya:- Maka disebabkan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka mohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad(untuk melakukan sesuatu) Maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai yang bertawakal kepadaNYA. (Surah Ali Imran:- 159)

  v  AS-SUNNAH
Terjemahan daripada Sharh Fath Al Bari, Juzuk 2:-144
“Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuratan di kalangan orang-orang islam, janganlah kamu mengikutinya iaitu orang yang dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh”

No comments:

Post a Comment